CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 23, 2009

Al kisah Susu IBU

Haaa....ni kisah benar dan menarik nih !

Citer dia camni .....

Alkisah pada suatu masa,
di sebuah hospital bersalin di Amerika.
Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan
sorang anak lelaki dan sorang lagi
anak pompuan.

Masalahnya, kedua-dua ibu tadi,
mengaku yang mereka melahirkan
anak lelaki tersebut !

Ni kes berebut anak lelaki le....

Oleh kerana mereka melahirkan
pada waktu dan masa yang sama,
maka timbul le sedikit masalah
bagi menentukan ibu yang sebenar
bagi anak lelaki tersebut.


Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA.

Maka doktor pakar dari Amerika
bertanya le pada kawan dia,
sorang doktor dari mesir,
macam mana nak selesaikan masalah
tersebut.

Dia orang dah buat ujian darah dah,
malangnya,

kedua-dua ibu tersebut mempunyai
kumpulan darah yang sama.
Lagi rumit masalah tersebut!

Maka doktor Amerika tu tanya le
doktor dari mesir,
macam mana nak selesaikan masalah ni,
sebab dia dengar orang kata Islam dan
Al-Quran ni agama yang sempurna,
dan setiap masalah
ada penyelesaiannya di dalam
Al-Quran.
Maka terkedu le doktor dari mesir tuh!

Nak tak nak,
doktor dari mesir tu,
ajak doktor Amerika tu berjumpa
dengan sorang kawannya,
iaitu seorang ulama terkenal dari mesir.

Maka ulama dari mesir tu tanya le
apa masalahnya.

Setelah diceritakan segalanya,
maka ulama mesir tersebut tersenyum.

Korang nak tau tak,
apa yang dia suruh buat ?

Alah...
bukannya suruh potong dua
cam dalam citer melayu lama tuh !

Ulama mesir tadi suruh diperah susu
kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi!
Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium,
zat galian dan sebagainya!

Setelah selesai ujian,
mereka diminta membawa keputusan ujian
dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.

So, setelah dapat keputusan ujian,
maka mereka pun bertemu semula
dengan ulama tersebut.

Nak tau apa keputusannya ?
Salah satu dari susu bu tersebut,
mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan
seperti kalsium, zat galian dan
apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu.

Maka ulama mesir tersebut berkata,
ibu yang mempunyai susu yang mempunyai
bahan-bahan 2 kali ganda itulah
ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut

Maka doktor amerika tadi bertanya,
apa buktinya di dalam Al-Quran,

maka ulama mesir memberitahu bahawa,
bahagian untuk anak lelaki itu
adalah 2 kali ganda dari anak perempuan,

begitu jugalah dalam soal
pembahagian harta pusaka.

Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah,
susu ibu juga merupakan 'harta',
maka untuk anak lelaki,
adalah 2 bahagian,
berbanding untuk anak perempuan !

Semoga menjadi panduan buat kita semua......

0 comments: